CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 18, 2008

MAKANAN UNTUK ANDA



Apakah Cara Makan Yang Betul ?









Ada sesetengah orang yang makan hanya untuk mengisi perut mereka. Ada juga yang makan bagaikan tiada hari esok untuk makan lagi.




Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!




Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja – mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!




Berapa Banyak Anda Harus Makan?




Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.






Bertenaga Dengan Bijirin Dan Ubi




Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda.







Serat Menentang Penyakit Jantung




Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam – semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya….sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.




Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.



Kuasa Kekacang




Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!



Buah-Buahan enak !











Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.
Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!


Sayuran sihat !


Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.
Buatlah pilihan bijak – makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.



Susu Pilihan Bagus!


Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.


Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.

Makanlah Daging


Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.

Lemak Penting Juga!


Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.


Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.


Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet


Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.


Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!


Seronok Bersnek


Mengambil snek adalah cara yang baik untuk sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat sepanjang hari. Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah (seperti lobak kecil atau tomato ceri) atau segelas susu. Yumm…betapa menyelerakan snek-snek ini!

Woodworking in Vietnam

Introduction

Vietnam offers visitors a rare opportunity to see traditional crafts and agricultural still practiced on a national scale. Minutes away from Hanoi's Noi Bai International Airport, you can see rice paddies farmed the traditional way, with plows pulled by water buffalo and farmers bent double from the labor. A motorized plow is a rare sight indeed in the Vietnam's green rice fields.

Power tools are also unusual sights. Hand tools are used throughout the country for all kinds of woodwork, even in large, professional workshops. Once in a while you'll see the odd primitive circular saw, or an electric drill. But these are the exceptions. Most work is done by hand, using the same tools and the same techniques that existed in Vietnam for a thousand years.

That having been said, Vietnam is changing rapidly, and these observations about the country may not hold true in five years. What is most interesting is how similar Vietnamese workshops, tools and practices are to what existed in the West before the invention of stationary woodworking machinery (around the time of the American Civil War).
Many of us in the West tend to be more familiar with Japan's rich woodworking traditions than we are with China's, and we may tend to assume that Japanese tools and styles are found everywhere in Asia. I could immediately see that in Vietnam this is not the case. The country's woodworking tools, technologies and especially its crafted products (such as its ornate furniture) show the influence of its powerful next-door neighbor, China. But Vietnam's strong cultural traditions make its woodcraft its own.

Vietnam is an impoverished country, yet one with strikingly high levels of literacy and employment. The "traditional" methods and tools of farming, woodwork and other professions are either antiquated or classic, depending on one's perspective. But one thing that is certain is that such tools and methods demand a high level of participation from the workforce. "You will never see harder-working people," commented one tourist from New York City.


The following exhibit, "Woodworking in Vietnam," may raise many more questions than it answers. I speak no Vietnamese, and the guides and travel books were of limited assistance in translating the technical vocabulary of woodworking. Because of this, I could not gather information about every tool or craft style that interested me. But despite these limitations, "Woodworking in Vietnam" may be the most comprehensive exhibit on the subject ever published in English. I hope the exhibit will intrigue its viewers and inspire further research in the future.

I would like to thank Jonathan Bloom for encouraging me to travel to Vietnam and for use of his woodcarving in this exhibit. Thanks are also due to Annett for her acute visual and technical skills. Finally, I would like to thank the many people in Vietnam who extended their hospitality to me.

The Tools

In Vietnam, labor is cheap, wood is plentiful, and tools are expensive. As a result, craftsworkers make a lot of their own tools and only buy what cannot be made. Most of the planes I saw in use were made out of scrap rosewood. In use they are not of top quality,but they do the job. Working tropical hardwoods is difficult and the planes are set heavy with wide mouths to cut as fast as possible. Since most Vietnamese furniture is either painted or carved, there isn't a need for a pristine surface. Heavy planing, even if it tears out, is fine.

A Fine Woodworking profile of a Vietnamese woodworker that appeared in the 1980's made a similar point. The article noted that the woodworker's tools had "wide throats and poor-quality-steel irons" that didn't cut very cleanly. But this did not present a problem because, "[his] ordinary furniture didn't require highly finished flat surfaces, and the frame-and-panel construction of his ornate pieces was carved and embellished with split turnings." According to the article, the Vietnamese woodworking tradition used planes were used to "rough out the framework and panels, and to cut moldings. When flat, unblemished surfaces were required, they were scraped." ("Vietnamese Planes: Cong Huy Vo Turns Scrap into Tools," Fine Woodworking, March/April 1982).

Dovetails are seldom used in Vietnamese furniture. Instead, mostly mortises and tenons are used. Consequently, the beveled bench chisel that is so common in the West is nowhere to be found. What woodworkers use instead is what we would call a firmer chisel, with straight sides that taper from the width of the cutting edge to the bolster. On the better chisels, the blade also tapers in thickness, much like a carving firmer.

The quality of the metalwork on Vietnamese tools is very good. This makes a lot of sense. If you earn your living carving, you need a carving set that works. You may not be able to afford fancy, but you do need good. However, since everyone makes their own wooden parts, I found it impossible to buy any wooden tools of even usable quality. In the shop in Hanoi where I purchased several fine sets of chisels and plane blades, the pile of plane bodies were all unusable. In Hoi An, where I met with a toolmaker who did extremely fine quality metalwork, the handles he supplied were pretty bad and the plane bodies he supplied were unusable.


http://www.antiquetools.com/viet/index.html


The Toolmaker's Forge

About a kilometer down the main road from Hoi An, heading towards the beach, is an unassuming shed which is the forge of a toolmaker. When I arrived the shop was closed for lunch. However the arrival of an American not en-route to the beach provoked immediate attention from the schoolchildren in the area who went to fetch the master. I speak no Vietnamese, the master spoke no English, and a generic phrase book filled with hotel and restaurant chats was totally useless in this context. After an long exchange, drawing pictures and making gestures, the master realized that here was a tourist who wanted to buy every tool he had around. This was big news.

Tuesday, May 13, 2008

Evolusi KL Drift

Monday, May 12, 2008

Impak Maksima

Sunday, May 11, 2008

Tunku Abdul Rahman









Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.








Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".Senarai kandungan












1.2 Keluarga



































Kehidupan peribadi



Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah.



Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.Pendidikan



Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School.



Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah.



Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).


Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930.



Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.



Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.


Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.


Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab.


Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star.


Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.


Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.



Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.



Keluarga



Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light, seorang Inggeris.Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah (Islam disamakan dengan Arab). Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.



Kerjaya politik



Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.


Laluan ke kemerdekaan



Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.



Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.



Sebagai Perdana Menteri



Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.



Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia.Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.


Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.


Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967.Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur.



Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat.Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.


Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri



Kegiatan Islam



Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.



Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.



Kehidupan kemudianPada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu.



Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.


Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang. Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.

Masalah Sosial

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .

Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.

“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.Pengaruh Rakan Sebaya“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.

Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”Dahagakan Keseronokkan“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya.

Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.Pengaruh Media Massa“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.

Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat"Sikap Keluarga"Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup.

Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan.

Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama.

Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.

Nasihat Untuk Remaja

“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.

Maklumat Tentang Masalah Sosial

Pengenalan

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.

Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.

Pengertian masalah sosial remajaSecara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.

Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.

Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Punca Keruntuhan AkhlakDaripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut.

Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak.Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.

Berikut beberapa saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.

Pak Lomak

PAK LOMAK Oleh Haji Ismail Adnan - Tokoh-tokoh Ternama Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)

Pak Lomak ialah salah seorang pejuang terbilang Johor yang sentiasa diingati kerana sumbangan pentingnya dalam perkembangan ghazal sebagai seni muzik yang menjadi identiti kebudayaan Johor.

Menurut Mohd.Ishak Abdul Aziz dalam tulisannya yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1978, Pak Lomak merupakan seorang tokoh yang digelar sebagai Bapa Ghazal Melayu Johor atau Pendeta Ghazal Melayu Johor. Justeru perbincangan tentang perkembangan muzik ghazal Johor tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan nama Pak Lomak.

Sebenarnya sumbangan Pak Lomak dalam pembangunan negeri Johor tidak terbatas dalam perkembangan senimuzik ghazal semata-mata. Beliau juga adalah seorang pegawai tentera yang berdedikasi dalam Pasukan Askar Negeri Johor (Johore Military Force) berpangkat Leftenan Kolonel di bawah pimpinan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, pentadbir yang berjaya, penggiat drama bangsawan yang gigih, penulis dan ahli bahasa yang berwibawa. Sehingga akhir hayatnya Pak Lomak adalah Setiausaha Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBMPB) di bawah pimpinan Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman.

Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh Pak Lomak termasuk Komandan Pasukan Askar Negeri Johor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Majlis Menyusun Rang Undang-undang Kawalan Islam Johor.Dalam bidang penulisan, antara hasil karya Pak Lomak termasuk syair-syair yang digubah dengan menggunakan tema berdasarkan bulan-bulan dalam kalendar Islam. Misalnya syair beliau untuk bulan Syawal digubah dalam bentuk Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kreatif dan menarik.

Pak Lomak atau nama sebenarnya Musa bin Yusof telah dilahirkan pada 2 Mac, 1889. Nama Pak Lomak sebenarnya adalah gelaran yang diberi oleh keluarganya sendiri sebagai mengambil sempena kenalan baik keluarga bangsa Jerman yang bernama Lomax. Beliau merupakan anak saudara kepada Ibrahim bin Mohd. Salleh (Pak Yem) dan cucu kepada Mohd. Salleh b. Perang, Dato’ Bentara Luar yang dikenali sebagai perintis ghazal Melayu Johor.

Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa Pak Lomak adalah pewaris yang melanjutkan kesinambungan perkembangan ghazal di negeri Johor daripada datuknya, tak ubah bagaikan kuah tumpah ke nasi. Dalam hubungan ini, Dato’ Abdullah Mohamed dalam tulisannya The Ghazal in Arabic Literature and in Malay Music (Malaysia in History, Jilid 14, Oktober 1971, Persatuan Sejarah Malaysia) antara lain menyatakan:(Dato’ Bentara Luar) was a man of great versatility. Among his hobbies was music of all sorts….He brought Malay music, including the ghazal, to the area in Johore…Most members of his families of the old Datos in Johore, have retained an interest in music, especially the ghazal. His grandson, the late Colonel Musa of the old Johore Military Force was one of the finest exponents of the ghazal.

Minat Pak Lomak terhadap muzik ghazal amat mendalam. Boleh dikatakan Pak Lomak sanggup pergi kemana sahaja untuk mengetahui lebih banyak lagi hal ehwal dan selok belok muzik ghazal ini. Malah apa sahaja yang dikaitkan dengan muzik dipelajarinya tanpa mengerti erti jemu.

Beliau pernah merantau ke India memperlajari muzik, dan kembali ke negeri Johor dengan membawa bersama-sama pelbagai alat muzik India seperti Tabla dan Harmonium yang disesuaikan penggunaannya ke dalam muzik ghazal Melayu. Tidak ketinggalan juga, Pak Lomak memperlajari cara-cara bermain pelbagai alat muzik di samping belajar menyanyi pelbagai lagu berirama Hindustan, Parsi, Cina, Jepun dan lain-lain lagi.

Dan segala usaha pembelajarannya itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini jelas dapat dilihat dalam melalui tulisan Pak Lomak sendiri yang terungkap di dalam autobiografinya. Dalam autobiografi ini, antara lain Pak Lomak menulis:Berlagu seperti Maulud Melayu, berzanji berqasidah lagu-lagu Arab semuanya itu saya campuri dan permainan bunyi-bunyian dan nyanyian seperti muzik ghazal Melayu, zapin Arab hingga nyanyian dan bunyian Cina dan Jepun itu pun saya campuri juga. Ada juga saya karangkan lagu-lagu joget dan lagu-lagu zapin.

Tetapi lagu-lagu ghazal Melayu yang lebih banyak, menurut rentak senjut secara Hindustan.Segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang terhimpun dalam diri Pak Lomak itu dicurahkan dalam usahanya untuk memperkembangkan muzik ghazal Johor, terutama melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di daerah-daerah seluruh negeri Johor. Sesungguhnya Pak Lomak adalah tokoh yang bertanggungjawab menyebar-luaskan muzik ghazal Melayu sehingga akhirnya muzik ini diterima sebagai salah satu cabang kesenian Melayu yang menjadi hak rakyat dan negeri Johor.

Dalam hubungan ini, usaha menyebarkan muzik ghazal secara meluas ke daerah-daerah ini amat berkesan. Boleh dikatakan di setiap daerah yang menubuhkan kumpulan ghazal, Pak Lomak pernah menjadi pemimpinnya. Usaha Pak Lomak bermula dengan penubuhan ghazal di Johor Bahru pada tahun 1906. Beberapa pembaharuan telah dilakukan dalam kumpulan ghazal ini, termasuk mendendangkan lagu-lagu berirama Parsi dan Hindustan bersama-sama dengan lagu-lagu ghazal Melayu serta penggunaan tabla sebagai alat tambahan yang digunakan dalam persembahan kumpulannya.

Selain itu, Pak Lomak juga pernah memimpin kumpulan ghazal di Muar yang ditubuhkan ketika beliau bertugas sebagai seorang pegawai tentera berpangkat Mejar di dalam Pasukan Askar Negeri Johor yang berpengkalan di Tanjung Ketapang, Muar.Usaha Pak Lomak menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal menyebabkan seni muzik ghazal tersebar luas dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan.

Hal ini merupakan satu perkembangan yang menarik. Bagi meningkatkan lagi perkembangan muzik ghazal ini, Pak Lomak kemudiannya telah berusaha menyediakan satu wadah galakan dalam bentuk pertandingan ghazal antara daerah-daerah di negeri Johor. Pak Lomak sendiri menggerakkan segala perancangan dan perlaksanaan pertandingan ini, termasuk dari segi menyediakan peraturan pertandingan. Pertandingan ini telah diadakan sekitar tahun 1940 an dan pernah dijalankan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Singapura.

Sesungguhnya Pak Lomak adalah seorang pejuang terbilang Johor yang serba boleh dalam pelbagai bidang - penulisan, pentadbiran, pementasan dan ketenteraan. Namun begitu, sumbangan terbesar Pak Lomak terhadap negeri Johor khasnya dan negara amnya adalah dalam bidang muzik ghazal. Jika datuknya Dato’ Bentara Luar dianggap sebagai perintis ghazal Melayu Johor, maka Pak Lomak adalah penerus tradisi yang amat berwibawa sehingga layak dengan gelaran Bapa Ghazal Melayu Johor.

Dalam bidang muzik, Pak Lomak tidak sekadar dapat memainkan pelbagai jenis alat muzik lama dan baru, tetapi juga mencipta lagu-lagu dan sekaligus menyanyikan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu ciptaan Pak Lomak tidak sekadar terhad kepada rentak ghazal sahaja, tetapi meliputi juga lagu-lagu rentak zapin dan joget. Namun begitu, lagu-lagu ghazal lah merupakan ciptaannya yang berkesan, diminati dan terus kekal popular hingga sekarang bagaikan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Usaha mencipta lagu-lagu ghazal antara lain adalah hasil pertandingan ghazal yang dianjurkannya itu yang telah memberi dorongan kuat untuk terus bergiat dengan lebih aktif di dalam bidang kesenian ini. Antara lagu-lagu ghazal ciptaan Pak Lomak termasuklah Seri Mersing, Musalmah, Embun Menitik, Pak Ngah Balik, Jalak Lenteng, Kuala Sedili, Kuala Mersing, Puteri Ledang, Makan Sirih, Seri Banang, Seri Sedili, Embun Berderai, Teberau Kampung, Fajar Menyingsing, Nari Rendam, Hidup Tak Lama, Seri Muar, Datuk Keramat, Punai Melayang, Gunung Banang, Tanjung Malim dan Seri Pontian.

Sebagai kesimpulan, dapatlah diringkaskan bahawa Pak Lomak merupakan seorang tokoh pejuang Johor yang mengangkat martabat negeri ini melalui kesenian, khususnya ghazal Melayu yang amat terkenal itu.”Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal adalah Pak Lomak” bukan merupakan ungkapan yang asing apabila merujuk peribadi tokoh penting ini. Pak Lomak telah menyebatikan dirinya dengan muzik Ghazal dan meletakkannya menjadi identiti kebudayaan Johor melalui usaha-usaha berikut:

* Mencipta lagu-lagu ghazal berkualiti, terus terkenal dan berkekalan.
* Menyebarkan perkembangan ghazal secara luas meliputi daerah-daerah seluruh negeri Johor melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di peringkat daerah.
* Memantapkan persembahan ghazal dengan cara menambahkan bilangan alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan ghazal termasuk alat-alat moden dan traditionaldan
* Memodenkan corak persembahan muzik ghazal dengan memasukkan lagu-lagu berirama Hidustan dan Parsi dalam persembahan di samping mengubahsuai penggunaan alat muzik, misalnya gambus menggantikan sitar.

Komitmen Pak Lomak terhadap semi muzik ghazal begitu mendalam sekali. Minatnya tidak pernah luntur, kecintaannya tidak pernah pudar dan keyakinannya tidak pernah tergugat. Beliau telah menghabiskan usianya mengabdikan dirinya mengembangkan muzik ghazal Melayu ini secara berterusan. Pak Lomak terus menyemarakkan muzik ghazal hingga ke akhir hayatnya. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Jun 1960 ketika mengadakan persembahan muzik ghazal di kediaman Ungku Moksin di hadapan para tetamu termasuk yang datang dari Amerika Syarikat. Usia Pak Lomak ketika itu ialah 79 tahun.

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai

●Aliran sungai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
(a) Hulu
(b)Tengah
(c)Hilir

●Tindakan sungai pula dibahagikan kepada proses iaitu:
(a)Hakisan
(b)Angkutan
(c)Pemendapan

■ Peringkat hulu sungai mengalami proses hakisan manakala bahagian tengah sungai mengalami proses hakisan dan pemendapan.

■ Peringkat hilir sungai yang beraliran perlahan mengalami proses pemendapan.

■ Profil panjang sungai ialah bentuk keseluruhan aliran sungai daripada puncanya di bahagian hulu hingga ke muara.Air Terjun terbentuk apabila air sungai mengalir turun dari aras yang tinggi secara tiba-tiba.Likuan Sungai terbentuk apabila sungai mengalir perlahan dan berkeluk.Hakisan di tebing liku cekung sungai membentuk tebing tinggi dan curam.Pemendapan di tebing liku cekung membentuk tebing landai.Hakisan tebing sungai yang berterusan menyebabkan segenting sempit terbentuk.Segenting ini terputus semasa banjir dan liku terpenggal terbentuk.

■ Profil rentas sungai pula merujuk bentuk lurah sungai pada setiap peringkat.Apabila liku sungai terpisah daripada sungai utama,tasik ladam terbentuk.Pemendapan di bahagian muara sungai yang berterusan membentuk delta.

☻Bahagian hulu:
1.Lurah sungai berbentuk ‘V’ dan bercerun curam.
2.Sungai mengalami hakisan menegak.
3.Bentuk muka bumi-jeram, air terjun dan lubuk.

Saturday, May 10, 2008

Misteri Nusantara[ TOYOL ]

Mata Di Langit

Mata di langit

Wednesday, May 7, 2008

Onn Jaafar


Dato' Onn Jaafar ketika muda


Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.Jadual isi kandungan

1 Kehidupan awal
2 Kerjaya politik
3 Garis masa
4 Lihat juga
5 Rujukan


Kehidupan awal

Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar, Johor, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.


Kerjaya politik

Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Garis masa· 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .· 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.· 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia· 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.· 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.· 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.· 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .· 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.·
1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.· Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.· 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.· 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak termasuk Hussein Onn1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.· 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.· 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar· 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.· 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.· 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.· 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura· 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.· 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor· 19421945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor· 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat· 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.· 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946· 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.· 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.· 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).· 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.· 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).· 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.· 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955· 1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang· 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.· 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

Monday, May 5, 2008

Gua Niah

Gua Niah yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Miri, Sarawak merupakan salah satu daripada kawasan di dalam Taman Negara Niah. Gua itu dikatakan sebagai kawasan penempatan terawal manusia iaitu kira-kira 40,000 tahun dahulu.

Gua seluas kira-kira 10 hektar itu mempunyai ketinggian 75 meter dan merupakan gua batu kapur terbesar di dunia. Dikatakan keluasannya sama seperti 13 padang bola sepak dan ketinggiannya membolehkan bangunan 15 tingkat didirikan di dalam gua itu.

Gua ini mempunyai lapan pintu masuk dan pintu masuk yang terbesar terletak di bahagian barat gua ini. Terdapat beberapa gua lain di dalam gua itu yang mempunyai laluan dan bilik yang luas.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an gua ini menjadi tumpuan ahli-ahli arkeologi apabila Kurator Muzium Sarawak pada ketika, Tom Harrison menemui kawasan luas di bahagian utara pintu masuk tersebut.

Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua itu.Bahagian barat Gua Niah merupakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ahli-ahli arkeologi menemui tengkorak manusia yang berusia 40,000 tahun di kawasan itu.

Di dalam gua itu juga terdapat kawasan perkuburan Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.

Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, yang dikenali sebagai Gua Hitam, lukisan dinding sepanjang 32 meter juga telah dijumpai.
Garisan yang terdapat pada lukisan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang sedang menari. Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca.

Gua ini juga merupakan penempatan kelawar dan burung layang-layang yang terbesar. Kedua-dua haiwan ini memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempat.
Sarang burung layang-layang itu amat berharga dan digunakan dalam perubatan tradisional. Sementara tahi kelawar pula dijual untuk digunakan sebagai baja.
Kerja-kerja mencari sarang burung itu sering dilakukan pada bulan Ogos sehingga Disember dan Januari sehingga Mac setiap tahun.