Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.
Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”
Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.
Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”
Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”
“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”
“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.
“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’.
Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.
Sunday, September 21, 2008
Masalah Sosial
Posted by shelan 109 at 12:46 AM 0 comments
Sunday, May 18, 2008
MAKANAN UNTUK ANDA
Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!
Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja – mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!
Berapa Banyak Anda Harus Makan?
Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.
Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda.
Serat Menentang Penyakit Jantung
Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam – semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya….sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.
Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.
Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.
Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!
Sayuran sihat !
Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.
Buatlah pilihan bijak – makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.

Susu Pilihan Bagus!
Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.
Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.
Makanlah Daging
Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.
Lemak Penting Juga!
Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.
Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.
Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet
Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.
Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!
Seronok Bersnek
Mengambil snek adalah cara yang baik untuk sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat sepanjang hari. Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah (seperti lobak kecil atau tomato ceri) atau segelas susu. Yumm…betapa menyelerakan snek-snek ini!
Posted by shelan 109 at 6:50 AM 0 comments
Woodworking in Vietnam
Introduction
Vietnam offers visitors a rare opportunity to see traditional crafts and agricultural still practiced on a national scale. Minutes away from Hanoi's Noi Bai International Airport, you can see rice paddies farmed the traditional way, with plows pulled by water buffalo and farmers bent double from the labor. A motorized plow is a rare sight indeed in the Vietnam's green rice fields.
Power tools are also unusual sights. Hand tools are used throughout the country for all kinds of woodwork, even in large, professional workshops. Once in a while you'll see the odd primitive circular saw, or an electric drill. But these are the exceptions. Most work is done by hand, using the same tools and the same techniques that existed in Vietnam for a thousand years.
That having been said, Vietnam is changing rapidly, and these observations about the country may not hold true in five years. What is most interesting is how similar Vietnamese workshops, tools and practices are to what existed in the West before the invention of stationary woodworking machinery (around the time of the American Civil War).
Many of us in the West tend to be more familiar with Japan's rich woodworking traditions than we are with China's, and we may tend to assume that Japanese tools and styles are found everywhere in Asia. I could immediately see that in Vietnam this is not the case. The country's woodworking tools, technologies and especially its crafted products (such as its ornate furniture) show the influence of its powerful next-door neighbor, China. But Vietnam's strong cultural traditions make its woodcraft its own.
Vietnam is an impoverished country, yet one with strikingly high levels of literacy and employment. The "traditional" methods and tools of farming, woodwork and other professions are either antiquated or classic, depending on one's perspective. But one thing that is certain is that such tools and methods demand a high level of participation from the workforce. "You will never see harder-working people," commented one tourist from New York City.
The following exhibit, "Woodworking in Vietnam," may raise many more questions than it answers. I speak no Vietnamese, and the guides and travel books were of limited assistance in translating the technical vocabulary of woodworking. Because of this, I could not gather information about every tool or craft style that interested me. But despite these limitations, "Woodworking in Vietnam" may be the most comprehensive exhibit on the subject ever published in English. I hope the exhibit will intrigue its viewers and inspire further research in the future.
I would like to thank Jonathan Bloom for encouraging me to travel to Vietnam and for use of his woodcarving in this exhibit. Thanks are also due to Annett for her acute visual and technical skills. Finally, I would like to thank the many people in Vietnam who extended their hospitality to me.
The Tools
In Vietnam, labor is cheap, wood is plentiful, and tools are expensive. As a result, craftsworkers make a lot of their own tools and only buy what cannot be made. Most of the planes I saw in use were made out of scrap rosewood. In use they are not of top quality,but they do the job. Working tropical hardwoods is difficult and the planes are set heavy with wide mouths to cut as fast as possible. Since most Vietnamese furniture is either painted or carved, there isn't a need for a pristine surface. Heavy planing, even if it tears out, is fine.
A Fine Woodworking profile of a Vietnamese woodworker that appeared in the 1980's made a similar point. The article noted that the woodworker's tools had "wide throats and poor-quality-steel irons" that didn't cut very cleanly. But this did not present a problem because, "[his] ordinary furniture didn't require highly finished flat surfaces, and the frame-and-panel construction of his ornate pieces was carved and embellished with split turnings." According to the article, the Vietnamese woodworking tradition used planes were used to "rough out the framework and panels, and to cut moldings. When flat, unblemished surfaces were required, they were scraped." ("Vietnamese Planes: Cong Huy Vo Turns Scrap into Tools," Fine Woodworking, March/April 1982).
Dovetails are seldom used in Vietnamese furniture. Instead, mostly mortises and tenons are used. Consequently, the beveled bench chisel that is so common in the West is nowhere to be found. What woodworkers use instead is what we would call a firmer chisel, with straight sides that taper from the width of the cutting edge to the bolster. On the better chisels, the blade also tapers in thickness, much like a carving firmer.
The quality of the metalwork on Vietnamese tools is very good. This makes a lot of sense. If you earn your living carving, you need a carving set that works. You may not be able to afford fancy, but you do need good. However, since everyone makes their own wooden parts, I found it impossible to buy any wooden tools of even usable quality. In the shop in Hanoi where I purchased several fine sets of chisels and plane blades, the pile of plane bodies were all unusable. In Hoi An, where I met with a toolmaker who did extremely fine quality metalwork, the handles he supplied were pretty bad and the plane bodies he supplied were unusable.
http://www.antiquetools.com/viet/index.html
The Toolmaker's Forge
About a kilometer down the main road from Hoi An, heading towards the beach, is an unassuming shed which is the forge of a toolmaker. When I arrived the shop was closed for lunch. However the arrival of an American not en-route to the beach provoked immediate attention from the schoolchildren in the area who went to fetch the master. I speak no Vietnamese, the master spoke no English, and a generic phrase book filled with hotel and restaurant chats was totally useless in this context. After an long exchange, drawing pictures and making gestures, the master realized that here was a tourist who wanted to buy every tool he had around. This was big news.
Posted by shelan 109 at 6:33 AM 1 comments
Tuesday, May 13, 2008
Monday, May 12, 2008
Sunday, May 11, 2008
Tunku Abdul Rahman

Posted by shelan 109 at 12:32 AM 0 comments
Masalah Sosial
Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .
Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.Pengaruh Rakan Sebaya“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.
Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.
Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”Dahagakan Keseronokkan“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya.
Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.Pengaruh Media Massa“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.
Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat"Sikap Keluarga"Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup.
Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan.
Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama.
Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.
Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.
Posted by shelan 109 at 12:29 AM 0 comments
Maklumat Tentang Masalah Sosial
Pengenalan
Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.
Pengertian masalah sosial remajaSecara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja.
Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.
Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Punca Keruntuhan AkhlakDaripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut.
Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak.Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini.
Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif.
Posted by shelan 109 at 12:24 AM 0 comments
Pak Lomak
PAK LOMAK Oleh Haji Ismail Adnan - Tokoh-tokoh Ternama Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)
Pak Lomak ialah salah seorang pejuang terbilang Johor yang sentiasa diingati kerana sumbangan pentingnya dalam perkembangan ghazal sebagai seni muzik yang menjadi identiti kebudayaan Johor.
Menurut Mohd.Ishak Abdul Aziz dalam tulisannya yang diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia pada tahun 1978, Pak Lomak merupakan seorang tokoh yang digelar sebagai Bapa Ghazal Melayu Johor atau Pendeta Ghazal Melayu Johor. Justeru perbincangan tentang perkembangan muzik ghazal Johor tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan nama Pak Lomak.
Sebenarnya sumbangan Pak Lomak dalam pembangunan negeri Johor tidak terbatas dalam perkembangan senimuzik ghazal semata-mata. Beliau juga adalah seorang pegawai tentera yang berdedikasi dalam Pasukan Askar Negeri Johor (Johore Military Force) berpangkat Leftenan Kolonel di bawah pimpinan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, pentadbir yang berjaya, penggiat drama bangsawan yang gigih, penulis dan ahli bahasa yang berwibawa. Sehingga akhir hayatnya Pak Lomak adalah Setiausaha Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBMPB) di bawah pimpinan Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman.
Jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh Pak Lomak termasuk Komandan Pasukan Askar Negeri Johor, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Ahli Majlis Menyusun Rang Undang-undang Kawalan Islam Johor.Dalam bidang penulisan, antara hasil karya Pak Lomak termasuk syair-syair yang digubah dengan menggunakan tema berdasarkan bulan-bulan dalam kalendar Islam. Misalnya syair beliau untuk bulan Syawal digubah dalam bentuk Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang kreatif dan menarik.
Pak Lomak atau nama sebenarnya Musa bin Yusof telah dilahirkan pada 2 Mac, 1889. Nama Pak Lomak sebenarnya adalah gelaran yang diberi oleh keluarganya sendiri sebagai mengambil sempena kenalan baik keluarga bangsa Jerman yang bernama Lomax. Beliau merupakan anak saudara kepada Ibrahim bin Mohd. Salleh (Pak Yem) dan cucu kepada Mohd. Salleh b. Perang, Dato’ Bentara Luar yang dikenali sebagai perintis ghazal Melayu Johor.
Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa Pak Lomak adalah pewaris yang melanjutkan kesinambungan perkembangan ghazal di negeri Johor daripada datuknya, tak ubah bagaikan kuah tumpah ke nasi. Dalam hubungan ini, Dato’ Abdullah Mohamed dalam tulisannya The Ghazal in Arabic Literature and in Malay Music (Malaysia in History, Jilid 14, Oktober 1971, Persatuan Sejarah Malaysia) antara lain menyatakan:(Dato’ Bentara Luar) was a man of great versatility. Among his hobbies was music of all sorts….He brought Malay music, including the ghazal, to the area in Johore…Most members of his families of the old Datos in Johore, have retained an interest in music, especially the ghazal. His grandson, the late Colonel Musa of the old Johore Military Force was one of the finest exponents of the ghazal.
Minat Pak Lomak terhadap muzik ghazal amat mendalam. Boleh dikatakan Pak Lomak sanggup pergi kemana sahaja untuk mengetahui lebih banyak lagi hal ehwal dan selok belok muzik ghazal ini. Malah apa sahaja yang dikaitkan dengan muzik dipelajarinya tanpa mengerti erti jemu.
Beliau pernah merantau ke India memperlajari muzik, dan kembali ke negeri Johor dengan membawa bersama-sama pelbagai alat muzik India seperti Tabla dan Harmonium yang disesuaikan penggunaannya ke dalam muzik ghazal Melayu. Tidak ketinggalan juga, Pak Lomak memperlajari cara-cara bermain pelbagai alat muzik di samping belajar menyanyi pelbagai lagu berirama Hindustan, Parsi, Cina, Jepun dan lain-lain lagi.
Dan segala usaha pembelajarannya itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini jelas dapat dilihat dalam melalui tulisan Pak Lomak sendiri yang terungkap di dalam autobiografinya. Dalam autobiografi ini, antara lain Pak Lomak menulis:Berlagu seperti Maulud Melayu, berzanji berqasidah lagu-lagu Arab semuanya itu saya campuri dan permainan bunyi-bunyian dan nyanyian seperti muzik ghazal Melayu, zapin Arab hingga nyanyian dan bunyian Cina dan Jepun itu pun saya campuri juga. Ada juga saya karangkan lagu-lagu joget dan lagu-lagu zapin.
Tetapi lagu-lagu ghazal Melayu yang lebih banyak, menurut rentak senjut secara Hindustan.Segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang terhimpun dalam diri Pak Lomak itu dicurahkan dalam usahanya untuk memperkembangkan muzik ghazal Johor, terutama melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di daerah-daerah seluruh negeri Johor. Sesungguhnya Pak Lomak adalah tokoh yang bertanggungjawab menyebar-luaskan muzik ghazal Melayu sehingga akhirnya muzik ini diterima sebagai salah satu cabang kesenian Melayu yang menjadi hak rakyat dan negeri Johor.
Dalam hubungan ini, usaha menyebarkan muzik ghazal secara meluas ke daerah-daerah ini amat berkesan. Boleh dikatakan di setiap daerah yang menubuhkan kumpulan ghazal, Pak Lomak pernah menjadi pemimpinnya. Usaha Pak Lomak bermula dengan penubuhan ghazal di Johor Bahru pada tahun 1906. Beberapa pembaharuan telah dilakukan dalam kumpulan ghazal ini, termasuk mendendangkan lagu-lagu berirama Parsi dan Hindustan bersama-sama dengan lagu-lagu ghazal Melayu serta penggunaan tabla sebagai alat tambahan yang digunakan dalam persembahan kumpulannya.
Selain itu, Pak Lomak juga pernah memimpin kumpulan ghazal di Muar yang ditubuhkan ketika beliau bertugas sebagai seorang pegawai tentera berpangkat Mejar di dalam Pasukan Askar Negeri Johor yang berpengkalan di Tanjung Ketapang, Muar.Usaha Pak Lomak menubuhkan kumpulan-kumpulan ghazal menyebabkan seni muzik ghazal tersebar luas dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tempatan.
Hal ini merupakan satu perkembangan yang menarik. Bagi meningkatkan lagi perkembangan muzik ghazal ini, Pak Lomak kemudiannya telah berusaha menyediakan satu wadah galakan dalam bentuk pertandingan ghazal antara daerah-daerah di negeri Johor. Pak Lomak sendiri menggerakkan segala perancangan dan perlaksanaan pertandingan ini, termasuk dari segi menyediakan peraturan pertandingan. Pertandingan ini telah diadakan sekitar tahun 1940 an dan pernah dijalankan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Singapura.
Sesungguhnya Pak Lomak adalah seorang pejuang terbilang Johor yang serba boleh dalam pelbagai bidang - penulisan, pentadbiran, pementasan dan ketenteraan. Namun begitu, sumbangan terbesar Pak Lomak terhadap negeri Johor khasnya dan negara amnya adalah dalam bidang muzik ghazal. Jika datuknya Dato’ Bentara Luar dianggap sebagai perintis ghazal Melayu Johor, maka Pak Lomak adalah penerus tradisi yang amat berwibawa sehingga layak dengan gelaran Bapa Ghazal Melayu Johor.
Dalam bidang muzik, Pak Lomak tidak sekadar dapat memainkan pelbagai jenis alat muzik lama dan baru, tetapi juga mencipta lagu-lagu dan sekaligus menyanyikan lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu ciptaan Pak Lomak tidak sekadar terhad kepada rentak ghazal sahaja, tetapi meliputi juga lagu-lagu rentak zapin dan joget. Namun begitu, lagu-lagu ghazal lah merupakan ciptaannya yang berkesan, diminati dan terus kekal popular hingga sekarang bagaikan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Usaha mencipta lagu-lagu ghazal antara lain adalah hasil pertandingan ghazal yang dianjurkannya itu yang telah memberi dorongan kuat untuk terus bergiat dengan lebih aktif di dalam bidang kesenian ini. Antara lagu-lagu ghazal ciptaan Pak Lomak termasuklah Seri Mersing, Musalmah, Embun Menitik, Pak Ngah Balik, Jalak Lenteng, Kuala Sedili, Kuala Mersing, Puteri Ledang, Makan Sirih, Seri Banang, Seri Sedili, Embun Berderai, Teberau Kampung, Fajar Menyingsing, Nari Rendam, Hidup Tak Lama, Seri Muar, Datuk Keramat, Punai Melayang, Gunung Banang, Tanjung Malim dan Seri Pontian.
Sebagai kesimpulan, dapatlah diringkaskan bahawa Pak Lomak merupakan seorang tokoh pejuang Johor yang mengangkat martabat negeri ini melalui kesenian, khususnya ghazal Melayu yang amat terkenal itu.”Pak Lomak adalah ghazal dan ghazal adalah Pak Lomak” bukan merupakan ungkapan yang asing apabila merujuk peribadi tokoh penting ini. Pak Lomak telah menyebatikan dirinya dengan muzik Ghazal dan meletakkannya menjadi identiti kebudayaan Johor melalui usaha-usaha berikut:
* Mencipta lagu-lagu ghazal berkualiti, terus terkenal dan berkekalan.
* Menyebarkan perkembangan ghazal secara luas meliputi daerah-daerah seluruh negeri Johor melalui penubuhan kumpulan-kumpulan ghazal di peringkat daerah.
* Memantapkan persembahan ghazal dengan cara menambahkan bilangan alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan ghazal termasuk alat-alat moden dan traditionaldan
* Memodenkan corak persembahan muzik ghazal dengan memasukkan lagu-lagu berirama Hidustan dan Parsi dalam persembahan di samping mengubahsuai penggunaan alat muzik, misalnya gambus menggantikan sitar.
Komitmen Pak Lomak terhadap semi muzik ghazal begitu mendalam sekali. Minatnya tidak pernah luntur, kecintaannya tidak pernah pudar dan keyakinannya tidak pernah tergugat. Beliau telah menghabiskan usianya mengabdikan dirinya mengembangkan muzik ghazal Melayu ini secara berterusan. Pak Lomak terus menyemarakkan muzik ghazal hingga ke akhir hayatnya. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Jun 1960 ketika mengadakan persembahan muzik ghazal di kediaman Ungku Moksin di hadapan para tetamu termasuk yang datang dari Amerika Syarikat. Usia Pak Lomak ketika itu ialah 79 tahun.
Posted by shelan 109 at 12:20 AM 0 comments
Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai
●Aliran sungai dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
(a) Hulu
(b)Tengah
(c)Hilir
●Tindakan sungai pula dibahagikan kepada proses iaitu:
(a)Hakisan
(b)Angkutan
(c)Pemendapan
■ Peringkat hulu sungai mengalami proses hakisan manakala bahagian tengah sungai mengalami proses hakisan dan pemendapan.
■ Peringkat hilir sungai yang beraliran perlahan mengalami proses pemendapan.
■ Profil panjang sungai ialah bentuk keseluruhan aliran sungai daripada puncanya di bahagian hulu hingga ke muara.Air Terjun terbentuk apabila air sungai mengalir turun dari aras yang tinggi secara tiba-tiba.Likuan Sungai terbentuk apabila sungai mengalir perlahan dan berkeluk.Hakisan di tebing liku cekung sungai membentuk tebing tinggi dan curam.Pemendapan di tebing liku cekung membentuk tebing landai.Hakisan tebing sungai yang berterusan menyebabkan segenting sempit terbentuk.Segenting ini terputus semasa banjir dan liku terpenggal terbentuk.
■ Profil rentas sungai pula merujuk bentuk lurah sungai pada setiap peringkat.Apabila liku sungai terpisah daripada sungai utama,tasik ladam terbentuk.Pemendapan di bahagian muara sungai yang berterusan membentuk delta.
☻Bahagian hulu:
1.Lurah sungai berbentuk ‘V’ dan bercerun curam.
2.Sungai mengalami hakisan menegak.
3.Bentuk muka bumi-jeram, air terjun dan lubuk.
Posted by shelan 109 at 12:01 AM 0 comments
Saturday, May 10, 2008
Wednesday, May 7, 2008
Onn Jaafar
1 Kehidupan awal
2 Kerjaya politik
3 Garis masa
4 Lihat juga
5 Rujukan
Kehidupan awal
Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar, Johor, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959.Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
Garis masa· 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .· 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.· 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia· 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor.· 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.· 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.· 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .· 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.·
Posted by shelan 109 at 4:38 AM 0 comments
Monday, May 5, 2008
Gua Niah
Gua Niah yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Miri, Sarawak merupakan salah satu daripada kawasan di dalam Taman Negara Niah. Gua itu dikatakan sebagai kawasan penempatan terawal manusia iaitu kira-kira 40,000 tahun dahulu.
Gua seluas kira-kira 10 hektar itu mempunyai ketinggian 75 meter dan merupakan gua batu kapur terbesar di dunia. Dikatakan keluasannya sama seperti 13 padang bola sepak dan ketinggiannya membolehkan bangunan 15 tingkat didirikan di dalam gua itu.
Gua ini mempunyai lapan pintu masuk dan pintu masuk yang terbesar terletak di bahagian barat gua ini. Terdapat beberapa gua lain di dalam gua itu yang mempunyai laluan dan bilik yang luas.
Pada tahun 1950-an dan 1960-an gua ini menjadi tumpuan ahli-ahli arkeologi apabila Kurator Muzium Sarawak pada ketika, Tom Harrison menemui kawasan luas di bahagian utara pintu masuk tersebut.
Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua itu.Bahagian barat Gua Niah merupakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ahli-ahli arkeologi menemui tengkorak manusia yang berusia 40,000 tahun di kawasan itu.
Di dalam gua itu juga terdapat kawasan perkuburan Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.
Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, yang dikenali sebagai Gua Hitam, lukisan dinding sepanjang 32 meter juga telah dijumpai.
Garisan yang terdapat pada lukisan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang sedang menari. Turut dijumpai di gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca.
Gua ini juga merupakan penempatan kelawar dan burung layang-layang yang terbesar. Kedua-dua haiwan ini memberi pulangan ekonomi kepada penduduk setempat.
Sarang burung layang-layang itu amat berharga dan digunakan dalam perubatan tradisional. Sementara tahi kelawar pula dijual untuk digunakan sebagai baja.
Kerja-kerja mencari sarang burung itu sering dilakukan pada bulan Ogos sehingga Disember dan Januari sehingga Mac setiap tahun.
Posted by shelan 109 at 11:39 PM 0 comments