Untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:
http://www.kickapoojoy.com/history.htmlhttp://www.monarch-beverage.com/home.htm
Tuesday, April 29, 2008
Air Kickapoo Dari Syarikat Arak
Posted by shelan 109 at 6:50 PM 0 comments
Jujur
Jumaat lepas.
Dahaga pula. Lepas Jumaat, kami minum lagi. Duduk ramai2 dikerusi panjang yg tersusun cam dewan makan sekolah dulu. Sambil2 bincang dan ulas tentang isi ceramah sebelum dan selepas solat tadi.Tiba2 terasa cam ada getaran.
Hmm, handphone aku vibrate kot. Sebelum Jumaat tadi dah tukar ker silent mode. Entah2 mama cari. Tengok handphone di poket kiri sepi. Tanya kat kawan sebelah. Mana tau handphone dia yg berbunyi. Bukan nak jadi busybody. Entah2 ada panggilan penting."Tak der la, Nan. Apehal " kata kawan disebelah disusuli pertanyaan bila melihat kerut di dahi aku. Tak de apa2. Cuma terasa cam ada vibration tadi.
Ingat ada handphone bunyi ker aper."Ooh.. aku kentut tadi" jujur dia membuat pengakuan di hari Jumaat nie.Aku tak jadi marah, tapi gelak.Kentutnya tak kedengaran tapi kuasa dalamannya mencetuskan gegaran kecil.Hehhe
Posted by shelan 109 at 6:47 PM 0 comments
Permit
Dah 1 jam kami melantit. Teh tarik dalam gelas besar baru separuh surutnya. Kami tak makan. Minum jer. Dah lewat malam. Bukan nak jaga badan.
Tapi kat kedai mamak tu tak der apa yang menarik. Kecuali skrin tv besar yang dok tayang gambar bola negara Omputeh. Sesekali ada gak ‘halwa mata’ lalu dan duduk di meja berdekatan kami.Tak ramai. Cuma kami bertiga. Semakin berkurang yang sertai aktiviti 'MLM-Meeting Larut Malam nie”. Mungkin sebab sekarang malam dan mula bahang.
Lebih seronok duk kat rumah dari berbahang malam kat luar.Dalam perbincangan kami. Diselitkan juga isu ini. Kesukaran untuk berkumpul. Macam dulu-dulu. Segalanya berubah. Ramai yang dah kawen. Ada komitmen lain. Tak dinafikan keluarga perlu diutamakan. Yang ada cuma kami. Yang dapat permit untuk berkumpul dan berhimpun secara aman ini.
Aku. SMS Zul. Tanya kat mana. Dah setengah jam tak sampai-sampai lagi. Seminit lepas tu Zul balas. “Maaf. Tak dapat keluar. Aku kena tahanan ISA kat umah.Kami gelak besar baca SMS Zul. Tapi lepas tu semua diam. Dan masing-masing baru teringat. Permit mereka akan tamat tak lama lagi. Masa untuk beredar.
“Mamak. Kira”
Posted by shelan 109 at 5:40 AM 0 comments
Malu.........
Teringat aku di masa lalu.
Pernah. Aku suarakan pada awek aku (mama). Nak amik kelas PR. Public Relations. Agar aku lebih ringan mulut. Lebih ramah tamah.
Sekurang2nya aku ada keyakinan diri. Bila berkata2. Mudah membawa diri. Di antara mereka. Sesama mereka. Paling utama. Aku nak mudahkan pergaulan dengan keluarganya.Awek aku tak setuju. Katanya biarlah aku malu.
Lagipun aku orang baru. Masih banyak rahsia tersimpan. Masih ada tingkah laku yang cuba diselindungkan.Aku syak. Awek takut aku gunakan ilmu PR itu. Bila dah khatam dan terer nanti. Untuk 'mengacau' anak2 gadis di luar sana.Ehe...............................mengimbas kenangan silam.
Posted by shelan 109 at 5:39 AM 0 comments
Orang Utan
Aku : Jom gi Sepilok
Mama : Sepilok... Ada apa
Aku : Tengok orang utan laa..
Mama : Apa susah2.Tengok kat cermin je laa
Aku : Cermin???" (Blur seketika)
Aku : Cheh... hampeh tul..Nota:
Aku pernah pergi tengok orang utan kat Sarawak. Dah lupa nama tempatnya. Betul cakap mak. Aku kena makan kismis banyak2. Tapi aku tak lupa betapa frustnya bila sampai kat tempat orang utan tu, langsung tak der orang utan. Feeding time pun tak nampak orang utan tu. Patutnya diorang kene bagitau visitors waktu yg sesuai utk melawat. Aku lebih kesiankan tengok pelancong luar yang turut tertipu. Jauh tu nak kene travel. Alih2 dapat tengok gambar jer.
Posted by shelan 109 at 5:37 AM 0 comments
Jom main pelbagai jenis game
sila klik di sebelah http://www.miniclip.com/
Posted by shelan 109 at 5:26 AM 0 comments
Jom lumba kereta
sila klik di sebelah http://www.ballerarcade.com/
Posted by shelan 109 at 5:25 AM 0 comments
Monday, April 28, 2008
Tips Cegah Jenayah
Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :1. Jangan melawan atau jadi hero!Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.
(melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan).Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya.
Selepas kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang boleh membantu pihak polis)2. Penyamaran sebagai polisBerlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan jenayah.
Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform) menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka berwarna kuning (kad yang laminate).
Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaanJangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang tersorok.
Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.4. Mengeluarkan wang di bankDinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.
Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.
Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!5. Jogging di Taman TasikLazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal.
Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa bersama-sama dengan beg kecil (porsh bag).
6. Penempatan atau kawasan perumahan ada kumpulan orang bujangJika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan.
Polis akan memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis.Polis sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain untuk meneruskan operasi mereka.
7. Pencegahan maksiatSekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi di dalam pengutakuasaan jabatan agama Islam di negeri masing-masing. Hubungi Jawi atau penguatkuasa kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan meminta kerjasama polis dalam hal ini.
8. Tangkapan AwamOrang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.
9. Wanita dan beg tanganWanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.
10. Musim PerayaanSila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musi perayaan supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.
11. Kesalahan memegang kad pengenalan diriSekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.Untuk maklumat lanjut atau melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)Semoga, tips ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
Posted by shelan 109 at 6:39 AM 0 comments
Awass!!!!!!!! Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon
Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard.
Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.Jangan dedahkan apa-apa maklumat.Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank anda sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat.
Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui.
Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui InternetUntuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda.
Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.
Jangan sesekali dedahkan Nama di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.
Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad.
Jangan sesekali dedahkan.http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_CodeSekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.
(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.
(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.
(3) Segera laporkan kepada bank anda. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.
(4) Dan yang paling baik, terus berjumpa dengan pihak bank dimana kad kredit itu dikeluarkan dan minta ditamatkan penggunaan kad kredit tersebut dan buat kad kredit yang baru.
Biar anda rugi sebanyak RM50 kerana membuat kad yang baru berbanding rugi kerana orang lain menggunakan kredit anda dengan sewenang-wenangnya.
(5) Sampaikan mesej ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.Maklumat di Internethttp://www.snopes.com/crime/warnings/creditcard.aspSampaikan kepada rakan-rakan anda.
Posted by shelan 109 at 3:03 AM 0 comments
Penghisap Darah Laris Untuk Produk Kecantikan / Kesihatan
RAMAI pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.
Tidak terkecuali kepada Roziana Abu Hassan, 34, yang menunjukkan mimik muka berkerut dan ragu-ragu apabila diminta memegang dan bermesra dengan lintah.
Namun, di sebalik sikap `takut-takut’ terhadapnya, beliau adalah antara segelintir wanita yang berani menceburi bidang ternakan lintah meskipun jika terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk memulakannya.
Dan, tanpa ragu-ragu dia menerangkan dengan terperinci mengenai aspek ternakan lintah serta keyakinannya terhadap potensi dan masa depannya sebagai sumber dalam menjana pendapatan.
“Semakin sukar untuk mencari lintah liar sekarang. Puas saya melilau di kawasan sungai dan sawah tetapi susah sangat nak jumpa,” kata Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, ketika ditemui di pejabatnya di Selama, Perak, baru-baru ini.
Hakikat itu menguatkan lagi azam pasangan suami isteri yang mempunyai empat cahaya mata berusia 3 hingga 13 tahun, bersama ibu mereka, Rahidah Wahid, 50, melabur RM30,000 dan ditambah dengan pinjaman RM10,000 daripada Bank Rakyat untuk mengusahakan ternakan lintah.
Mereka memulakan usaha itu kira-kira enam bulan lalu dengan membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.
Selepas itu, mereka membeli lintah induk sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kilogram berharga kira-kira RM3,600 daripada Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.
Roziana berkata, setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai sumber utama hayat dan tumbesarannya.
“Kebiasaannya satu kolam disediakan seekor belut dan ikan itu akan mati keesokannya akibat darah dan protein dalam badannya disedut oleh lintah.
“Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah mencukupi untuk mengawan. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah,” katanya.
Posted by shelan 109 at 2:53 AM 0 comments
Mari Kita Buat Bandar....
MyMiniCity - ialah satu permainan untuk membina bandar anda sendiri. Dari sebuah kampung, setiap kali dalam satu hari anda masuk melawat atau kawan2 anda melawat ke bandar anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan makin maju. Begitu juga dengan pandapatan sampingan. Permainan ini memang paling mudah sekali di alam semesta, tak perlu fikir banyak, cuma melawat je setiap hari, kira anda macam wakil rakyat datang melawat tempat sendiri untuk meninjau keadaan.Tq kepada Dingh(sila klik) kerana memberitahu pasal game ini.Cuba la...Tengok Bandar AkuSape! - Bandar AkuSape!(sila klik)Bandar Dingh(abang ipar aku) - Bandar Dingh(sila klikIngin membuat bandar anda - My Mini City(sila klik)
Posted by shelan 109 at 2:52 AM 0 comments
Check Saman Anda Di Sini
kepada mereka2 yang rasa nak check saman,silalah klik kat SINIsaya dah check tadi. saya kena 3 saman..tak sedar entah bile kejadian tu berlaku...hermm...
Posted by shelan 109 at 2:43 AM 0 comments
Kaedah Belajar Cemerlang
1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaranguru.
2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.
Posted by shelan 109 at 2:42 AM 0 comments
Buang Virus Bha.dll.vbs
Virus ini akan menghalang anda dari men"double" klik Drive yang telah dijangkiti virus ini. Anda hanya buleh membuka drive itu dengan klik kanan dan explore.Untuk melenyapkan virus ini anda boleh download Flash Disinfector untuk membuang virus "Bha.dll.vbs" ini. Anda hanya perlu "double" klik software itu dan biarkan ia menghapuskan virus tersebut.Download Flash Disinfector(klik sini)
Posted by shelan 109 at 2:40 AM 0 comments
Ulasan Khir Toyo Tentang Anugerah Penyapu
Salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian. Baru-baru ini sebuah akhbar dengan lantang mendakwa kekalahan Barisan Nasional di Selangor merupakan Padah Penyapu yang dikatakan sebagai satu bentuk sial. Justeru izinkan saya mengulas sedikit isu ini supaya ia tidak lagi berpanjangan.
Sebagai seorang Ketua Kerajaan yang selalu mendapat aduan berkaitan dengan ketidakcekapan pegawai-pegawai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya, berkaitan dengan masalah-masalah penyelenggaraan yang terabai langsung. Isu ini turut sering kali ditimbulkan oleh media massa utama negara TV3.
Pada suatu ketika kredebiliti dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan turut terhakis.Apabila saya menghubungi pegawai-pegawai PBT, jawapan mudah mereka ialah tiada peruntukan untuk menyelenggarakan kawasan jagaan mereka. Ini menunjukkan masalah pendapatan PBT yang tidak seimbang dengan perancangan.
Menyedari masalah ini saya mengambil pendekatan untuk mengatasai dengan memastikan cukai yang dipungut mencapai tahap sekurang-kurangnya 50% untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencari peruntukan di peringkat negeri untuk diberikan kepada PBT.Perbincangan juga kerap diadakan. Laporan saban minggu dibentang.
Namun prestasi tahap kecekapan pegawai masih terlalu rendah. Dalam satu mesyuarat, saya telah mencadangkan pada awalnya sistem rating diperkenalkan.Siapa yang mendapat rating tertinggi atau terbaik akan diberi peluang untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meningkatkan kecekapan mereka. Bagi mereka yang mendapat rating terendah pula diwajibkan untuk belajar dengan rakan PBT dalam negeri Selangor atau di dalam negeri-negeri di Malaysia.
Sistem rating ini digunakan untuk beberapa tahun dan namun tidak membawa sebarang kesan positif.Pada satu mesyuarat lain, kita telah mengambil keputusan mana-mana PBT yang mencapai tahap kecekapan 80% dianggap cemerlang dan diberi ganjaran dengan membuat lawatan luar negara dengan tujuan belajar dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kecekapan.
Bagi PBT yang gagal mencapai paras minima akan dikenakan tindakan tertentu untuk mereka bagi menyedari terlalu banyak masalah perlu diselesaikan.Banyak tindakan bagi membantu atau merubah sikap kerja bagi mencapai tahap minima ini telah dilaksanakan namun ia gagal membawa perubahan. Antaranya ialah menegur Ketua Jabatan dan kakitangan, mengambil tindakan "mempetisejukkan" pegawai tertentu yang ternyata gagal dengan tugas, menahan kenaikan pangkat dan juga pemberhentian bagi pegawai kontrak yang gagal mencapai tahap minima juga diambil.
Malangnya semua tindakan ini tidak memberi kesan positif. Masih ada lagi PBT yang tidak mengambil endah dengan pencapaian mereka. Saya terus menerima aduan kekecewaan rakyat terhadap prestasi buruk PBT berkenaan. Malah ada rakyat yang mengatakan lebih baik tiada perkhidmatan diberikan supaya rakyat tidak mengharapkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan.Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, saya mengambil tindakan untuk menghantar pengawai-pegawai ini berkursus bagi tujuan meningkatkan tahap kecekapan dan disiplin pegawai di PBT berkenaan.
Pada ketika itu, saya amat bimbang dan khuatir rakyat kurang percaya kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada kerajaan. Justeru satu perbincangan telah diadakan oleh pegawai-pegawai PBT seluruh Selangor.Ada yang mencadangkan memberhentikan atau membuang kerja pegawai-pegawai yang telah dikategorikan pasif dan tidak produktif.
Ada cadangan untuk mengambil tindakan memberi hadiah simbolik sebagai lambang untuk mereka meningkatkan produktiviti mereka.Lebih ramai yang bersetuju dengan cadangan untuk memberi hadiah simbolik ini. dalam perbincangan itu juga timbul beberapa cadangan seperti, "menggantung selipar buruk di leher", "Memakaikan baju buruk" dan ada juga yang mencadangkan supaya diberi hadiah penyapu.
Hadiah Penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut.Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan. Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui seabagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima.Perkara ini diputuskan setahun awal dengan tujuan memberi masa secukupnya kepada PBT meningkatkan tahap kecekapan mereka.
Pelbagai kelonggaran juga diberikan seperti menukar jumlah hutang kepada aset seperti hartanah dan sebagainya.Semua PBT telah mencapai tahap cemerlang kecuali satu PBT yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan. Dan kita telah membuat keputusan bersama untuk menghadiahkan penyapu tersebut.
Walaupun kita terus membantu PBT melepasi tahap minima tersebut namun ia masih gagal untuk melaksanakannya.Justeru saya perlu mengotakan keputusan mesyuarat untuk mengelakkan tanggapan saya seorang ketua yang pilih kasih. Jika ini berlaku ia pasti memberi memberi impak negatif kepada mereka yang berjaya melepasi tahap minima dan cemerlang.Saya juga akan dianggap sebagai seorang ketua yang tidak menunaikan janji.
Atas dasar itulah dengan rasa berat hati saya membuat keputusan untuk meneruskan anugerah tersebut. Kerajaan negeri tiada niat langsung untuk memalukan mana-mana individu. Hadiah tersebut diberi kepada PBT berkenaan bukannya kepada individu tertentu.
Dan kita melaksanakan ini atas kepercayaan bahawa penyapu tidak membawa impak sial dalam hidup. Bagi saya tiada hari, tiada bulan, tiada tahun dan tiada benda-benda yang boleh mendatangkan sial dalam kehidupan. Itu jelas dinyatakan dalam al-Quran.Saya tahu memalukan pegawai adalah perkara yang membawa dosa.
Saya jelaskan sekali lagi keputusan ini telah dipersetujui bersama termasuk oleh PBT berkenaan dan ia bukan diberikan kepada individu. Malahan YDP PBT tersebut pada awalnya menerima dengan hati terbuka seperti dilaporkan oleh media massa. Namun beberapa hari kemudian berubah nada. Tidaklah jelas kepada saya apa yang berlaku di belakang tabir sehingga ia boleh berubah demikian.Tujuan anugerah ini hanya sebagai lambang peringatan agar PBT tersebut membersihkan masalah dan ketidakcekapannya.
Saya sebenarnya amat menyayangi para pegawai kerajaan dan mengharapkan rakyat juga menyayangi mereka dan menghormati mereka. Pegawai-pegawai yang disayangi rakyat adalah mereka yang bertanggungjawab dan saya yakin sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan adalah mereka yang bertanggungjawab.Saya kesal bila mana saya dianggap tidak sensitif dengan budaya yang saya anggap tidak wujud sama sekali. Dan saya yakin kepada al-Quran. Jika orang Melayu masih percaya perkara tahyul dan kurafat ini, bagaimana kita mengatakan kita telah berjaya merubah minda orang Melayu.
Saya katakan begini kerana bila mana saya mahu berpindah ke rumah sendiri, ibu saya membekalkan enam penyapu untuk saya gunakan membersihkan tumah. Saya juga lihat si tukang sapu juga bukan satu pekerjaan yang sial. Saya amat berharap kepada mereka yang masih berfikiran sebegini memikirkan semula adat manakah, kepercayaan manakah yang mereka fahami.Ironinya selepas sahaja PBT ini mendapat hadiah penyapu, kadar kutipan cukai mencapai tahap cemerlang dan kecekapan PBT ini jelas meningkat.
Rakyat kurang membuat aduan, kekecewaan dapat dikurangkan dan rakyat semakin senang dengan PBT tersebut.Jika hadiah penyapu tersebut membawa sial kepada PBT tersebut, pastilah PBT tersebut akan lebih buruk pencapaiannya, orang lebih menyampah dengan pegawai-pegawainya dan PBT tersebut dianggap PBT yang tidak berfungsi. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kepada mereka yang masih berfikiran jumud, saya harap dapat membuktikan ayat al-Quran atau Hadis mana yang menunjukkan penyapu itu sial. Adat manakah yang mengatakan si tukang sapu itu orang yang sial.
Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran "sial" kita daripada kita "mensialkan" penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh.
Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!
Posted by shelan 109 at 2:36 AM 0 comments
Kisah Along
Pagi tu, kawan sekerja datang dalam keadaan sugul. Heran gaks aku, selalunya dia akan sentiasa ceria walaupun selalu datang lambat.
Rupa-rupanya rumah dia dah kena simbah cat. Abis kereta ngan rumah berwarna merah. Heran gak, setahu tak lak dia ngan suaminya pernah pinjam ngan Along. Aku ngan member yang lain cuba tenteramkan dia. Macam-macam spekulasi dan andaian kami buat untuk mengurangkan sugulnya.
Esoknya......... Dia datang dengan agak ceria sedikit. Rupa-rupanya........ Along tue dah salah rumah. Nombor jalan ngan rumah hampir-hampir sama. Tengah malam tu, mungkin takut kena marah ngan boss, kedua-dua rumah disimbah ngan cat merah. Dah alang-alang nak menyimbah katenya.
Yang jadi mangsa member aku nie lah. Tak pasal-pasal husbandnya kena ambik cuti bersihkan rumah ngan kereta. Dunia-dunia..............................
Posted by shelan 109 at 2:25 AM 0 comments
Beras
“Beras dah abis” bagitau mama.
Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”
“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”
Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.
Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.
Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi yang aku dah ajar pada bebudak kat sekolah. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.
Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.
Dalam kebingungan, aku terima SMS.
“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Perak” tulis mak aku.
“Jom” kata aku pada mama.
“Mana”
“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.* Malam tu, kami sekeluarga makan kat rumah mak aku jer. Alah..setakat 30 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun. Mak datuk.....................
Posted by shelan 109 at 2:15 AM 0 comments
Isu Babi; Kita Lihat Siapa Yang Kena!
Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam.
Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Melayu Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang lalu.
Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi dan pencemaran pantai di sana. Kawasan sekitar pendudukan kaum Melayu dan Cina terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama hilang, sudah mula kedengaran kembali.
Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.Yang kelakarnya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur.
Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak. Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar.
Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Pedana.
Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN. Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan.
Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya.Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangannya lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.
Posted by shelan 109 at 1:11 AM 0 comments
Coretan Si Hutang dan Pemberi Hutang
Ingat. Pesan mama. Pesan abah. Pesan nenek. Pesan atuk. Pesan semua insan-insan yang terlebih dahulu merasai masinnya garam. Hutang mesti dibayar. Jangan bertangguh, Bila bertimbun kan jadi beban yang tak tertanggung.
Dapat gaji, perkara pertama harus diselesaikan hutang yang sepatutnya. Bayar duit kete, sewa rumah, bil utiliti, pinjaman pelajaran, takaful. Juga hutang dengan kedai mamak, kawan-kawan atau sedara mara. Ada lebih buat simpananan. Macam kau simpan dalam tabung masa kecil-kecil dahulu. Ada lagi baru kita enjoy..kata Nora Danish.
“Nah.. hutang kamu. Aku bayar tunai. RM300”
“Oh… terima kasih. Tapi kan, mula-mula sekali kau pinjam RM180, pastu tambah RM75, pastu RM50 dan kemudian yang terakhir sekali minggu lepas RM40. Betul kan”“Aha. Betullah tu”“Bukan ker jumlahnya RM345”“Ngko nie, nama jer kerja pegawai kerajaan.
Ngko dah lupa ker, mulai 1 April 2008, Kerajaan dah perkenalkan Mekanisme Penggenapan supaya pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah”“Ya. Itu aku tahu. Tapi itu untuk 5 sen yang terdekat. Bukan kepada ratus yang terhampir”“Hehe. Yer ker. Sajer jer wat lawak April Fool. Esok lusa aku langsai la baki tu.”
* Apa itu Mekanisme Penggenapan. Baca di sini juga di sini.
Posted by shelan 109 at 1:06 AM 0 comments
Kerja Kursus Kedua
Tajuk : Salasilah Keluargaku
Tempoh Masa : 2 bulan
Bermula : 9hb April 2008
Apa yang perlu ada :1. Seperti kerja kursus yang terdahulu, semua tajuk-tajuk kecil seperti: Isi kandungan, Penghargaan, Pendahuluan, Objektif kajian, Kaedah kajian, Dapatan kajian, Rumusan, Lampiran, Rujukan.
Semua tajuk-tajuk kecil ini mesti ada di dalam kerja kursus pelajar2.
Perbincangan dengan pelajar telah pun dilakukan pada hari pertama tajuk kerja kursus ini dikeluarkan. Jika terdapat soalan, sila emailkan soalan ke email cikgu iaitu adnansmile@yahoo.com atau noormarlinaaziz@yahoo.com ataupun telefon 0197849066.3.
Perlu diingatkan, markah kerja kursus ini adalah sebanyak 20% dan akan dimasukkan ke dalam markah peperiksaan pertengahan tahun. Ketidak penghantaran kerja kursus akan mempengaruhi markah peperiksaan Sejarah tersebut.
Posted by shelan 109 at 12:53 AM 0 comments