Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.
Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”
Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.
Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”
Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”
“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”
“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.
“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’.
Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.
Sunday, September 21, 2008
Masalah Sosial
Posted by shelan 109 at 12:46 AM 0 comments
Sunday, May 18, 2008
MAKANAN UNTUK ANDA
Jangan ikuti tabiat seperti ini! Sebaliknya, ikuti cara makan yang sihat. Cara pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak mudah jatuh sakit dan juga akan membantu anda mencapai kecemerlangan di sekolah, hinggakan semua orang akan mengagumi anda!
Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja – mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!
Berapa Banyak Anda Harus Makan?
Makan mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan.
Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda.
Serat Menentang Penyakit Jantung
Serat ialah sejenis karbohidrat yang terdapat dalam kekacang, bijirin, ubi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia membantu mencegah sembelit dan menyingkirkan sisa-sisa toksik daripada badan anda. Ia juga mencegah penyakit jantung, suatu penyakit yang bermula pada umur anda.
Tahukah anda bahawa penyakit jantung boleh bermula pada umur anda? Mengambil terlalu banyak lemak, terlalu sedikit serat, merokok dan tidak bersenam – semua ini boleh menyebabkan saluran darah ke jantung anda tersumbat ! Proses ini berlaku dengan lambat dan anda tidak akan menyedarinya….sehingga anda diserang sakit jantung beberapa tahun kemudian.
Makan banyak serat boleh membantu menjaga saluran darah yang sihat dan mengelakkan daripada tersumbat. Anda juga mesti menjaga berat badan yang sihat, jangan merokok dan mengamalkan cara hidup yang cergas.
Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.
Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!
Sayuran sihat !
Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.
Buatlah pilihan bijak – makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.

Susu Pilihan Bagus!
Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.
Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.
Makanlah Daging
Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.
Lemak Penting Juga!
Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.
Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.
Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet
Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.
Jadi, ikutilah nasihat ini. Pilih makanan yang kurang garam, gula dan bahan pengawet. Nikmatilah rasa yang segar dan semulajadi!
Seronok Bersnek
Mengambil snek adalah cara yang baik untuk sentiasa bertenaga, cergas dan bersemangat sepanjang hari. Pilihlah snek yang enak lagi berkhasiat. Di sini ada beberapa idea untuk snek yang lazat: sandwic ringkas, biskut, sekeping keju, buah-buahan segar, sayur-sayuran mentah (seperti lobak kecil atau tomato ceri) atau segelas susu. Yumm…betapa menyelerakan snek-snek ini!
Posted by shelan 109 at 6:50 AM 0 comments
Woodworking in Vietnam
Introduction
Vietnam offers visitors a rare opportunity to see traditional crafts and agricultural still practiced on a national scale. Minutes away from Hanoi's Noi Bai International Airport, you can see rice paddies farmed the traditional way, with plows pulled by water buffalo and farmers bent double from the labor. A motorized plow is a rare sight indeed in the Vietnam's green rice fields.
Power tools are also unusual sights. Hand tools are used throughout the country for all kinds of woodwork, even in large, professional workshops. Once in a while you'll see the odd primitive circular saw, or an electric drill. But these are the exceptions. Most work is done by hand, using the same tools and the same techniques that existed in Vietnam for a thousand years.
That having been said, Vietnam is changing rapidly, and these observations about the country may not hold true in five years. What is most interesting is how similar Vietnamese workshops, tools and practices are to what existed in the West before the invention of stationary woodworking machinery (around the time of the American Civil War).
Many of us in the West tend to be more familiar with Japan's rich woodworking traditions than we are with China's, and we may tend to assume that Japanese tools and styles are found everywhere in Asia. I could immediately see that in Vietnam this is not the case. The country's woodworking tools, technologies and especially its crafted products (such as its ornate furniture) show the influence of its powerful next-door neighbor, China. But Vietnam's strong cultural traditions make its woodcraft its own.
Vietnam is an impoverished country, yet one with strikingly high levels of literacy and employment. The "traditional" methods and tools of farming, woodwork and other professions are either antiquated or classic, depending on one's perspective. But one thing that is certain is that such tools and methods demand a high level of participation from the workforce. "You will never see harder-working people," commented one tourist from New York City.
The following exhibit, "Woodworking in Vietnam," may raise many more questions than it answers. I speak no Vietnamese, and the guides and travel books were of limited assistance in translating the technical vocabulary of woodworking. Because of this, I could not gather information about every tool or craft style that interested me. But despite these limitations, "Woodworking in Vietnam" may be the most comprehensive exhibit on the subject ever published in English. I hope the exhibit will intrigue its viewers and inspire further research in the future.
I would like to thank Jonathan Bloom for encouraging me to travel to Vietnam and for use of his woodcarving in this exhibit. Thanks are also due to Annett for her acute visual and technical skills. Finally, I would like to thank the many people in Vietnam who extended their hospitality to me.
The Tools
In Vietnam, labor is cheap, wood is plentiful, and tools are expensive. As a result, craftsworkers make a lot of their own tools and only buy what cannot be made. Most of the planes I saw in use were made out of scrap rosewood. In use they are not of top quality,but they do the job. Working tropical hardwoods is difficult and the planes are set heavy with wide mouths to cut as fast as possible. Since most Vietnamese furniture is either painted or carved, there isn't a need for a pristine surface. Heavy planing, even if it tears out, is fine.
A Fine Woodworking profile of a Vietnamese woodworker that appeared in the 1980's made a similar point. The article noted that the woodworker's tools had "wide throats and poor-quality-steel irons" that didn't cut very cleanly. But this did not present a problem because, "[his] ordinary furniture didn't require highly finished flat surfaces, and the frame-and-panel construction of his ornate pieces was carved and embellished with split turnings." According to the article, the Vietnamese woodworking tradition used planes were used to "rough out the framework and panels, and to cut moldings. When flat, unblemished surfaces were required, they were scraped." ("Vietnamese Planes: Cong Huy Vo Turns Scrap into Tools," Fine Woodworking, March/April 1982).
Dovetails are seldom used in Vietnamese furniture. Instead, mostly mortises and tenons are used. Consequently, the beveled bench chisel that is so common in the West is nowhere to be found. What woodworkers use instead is what we would call a firmer chisel, with straight sides that taper from the width of the cutting edge to the bolster. On the better chisels, the blade also tapers in thickness, much like a carving firmer.
The quality of the metalwork on Vietnamese tools is very good. This makes a lot of sense. If you earn your living carving, you need a carving set that works. You may not be able to afford fancy, but you do need good. However, since everyone makes their own wooden parts, I found it impossible to buy any wooden tools of even usable quality. In the shop in Hanoi where I purchased several fine sets of chisels and plane blades, the pile of plane bodies were all unusable. In Hoi An, where I met with a toolmaker who did extremely fine quality metalwork, the handles he supplied were pretty bad and the plane bodies he supplied were unusable.
http://www.antiquetools.com/viet/index.html
The Toolmaker's Forge
About a kilometer down the main road from Hoi An, heading towards the beach, is an unassuming shed which is the forge of a toolmaker. When I arrived the shop was closed for lunch. However the arrival of an American not en-route to the beach provoked immediate attention from the schoolchildren in the area who went to fetch the master. I speak no Vietnamese, the master spoke no English, and a generic phrase book filled with hotel and restaurant chats was totally useless in this context. After an long exchange, drawing pictures and making gestures, the master realized that here was a tourist who wanted to buy every tool he had around. This was big news.
Posted by shelan 109 at 6:33 AM 1 comments
Tuesday, May 13, 2008
Monday, May 12, 2008
Sunday, May 11, 2008
Tunku Abdul Rahman

Posted by shelan 109 at 12:32 AM 0 comments
Masalah Sosial
Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar .
Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu cahaya berpeluang menemu ramah Prof.Dr Fatimah Yussof,Ketua ProgramPsikologi,Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.
Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.
“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.Pengaruh Rakan Sebaya“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk.
Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.
Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”Dahagakan Keseronokkan“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya.
Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.Pengaruh Media Massa“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk.
Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat"Sikap Keluarga"Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup.
Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan.
Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama.
Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.
Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.
Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.
Posted by shelan 109 at 12:29 AM 0 comments